Beberapa menteri ucap ‘selamat tinggal’ di media sosial

Beberapa menteri Kabinet menggunakan media sosial untuk mengucapkan “selamat tinggal”, tidak lama selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Antaranya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yang memuat naik catatan di Instagram, mengesahkan bahawa Kabinet telah mengemukakan peletakan jawatan kepada Seri Paduka.

“Terima kasih di atas peluang untuk sekali lagi berkhidmat untuk negara, semoga Allah merahmati Malaysia,” tulis beliau dalam instastory.

Terdahulu, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet kira-kira tiga jam di Perdana Putra di Putrajaya, belum menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara pada tengah hari.

Bagaimanapun, setakat berita ini dikeluarkan, masih belum ada pengumuman rasmi berhubung status kerajaan Perikatan Nasional (PN). Muhyiddin dijangka membuat pengumuman khas mengenainya petang ini.

Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata menjadi satu penghormatan  untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

“Semoga Allah SWT merahmati kita semua,” tulis beliau dalam Twitter.

Ucapan terima kasih turut disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan menerusi platform sama menegaskan pengunduran kerajaan adalah atas dasar tanggungjawab bersama.

“Terima kasih atas segalanya, yang pahit menjadi ubat, yang manis menjadi pengubat. Negara selamat semua terubat,” katanya.

Terdahulu, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali memaklumkan hari ini berkemungkinan pengakhiran tugasnya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

“Pencapaian eksport komoditi negara untuk suku kedua (April-Jun) 2021 adalah penutup yang baik (Husnul Khatimah) untuk saya apabila nilai eksport produk agrikomoditi melonjak sebanyak 65 peratus kepada RM105 bilion berbanding hanya RM64 bilion bagi tempoh sama tahun lalu,” katanya dalam catatan di laman Facebook.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa pula memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan, kelemahan dan kekurangan selama beliau berkhidmat.

“Kita kekal tenang dan berlapang dada. Semua keputusan secara bersama. Yang penting sentiasa menghormati dan mematuhi undang-undang dan perlembagaan negara.

“Asas pertimbangan paling utama adalah kesejahteraan rakyat, kepada rakyat kita berkhidmat hingga ke garis penamat,” katanya dalam hantaran di Instagram beliau.

— BERNAMA

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN