Program Street Kitchen sediakan makanan kepada golongan memerlukan

IPOH — Prihatin dengan nasib golongan yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19, sebuah restoran bersama dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewujudkan Program Street Kitchen dengan menyediakan makanan yang telah dimasak untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Inisiatif Restoran D’Legasi dan Warisan bersama NGO Sahabat Perak dan Padu Perak itu membekalkan makanan seperti nasi, ikan, ayam atau daging serta sayur-sayuran yang telah dimasak.

Penyelaras Program Street Kitchen Muhammad Fadhli Ismail berkata program yang bermula 8 Julai lepas itu dilaksanakan empat kali seminggu iaitu pada setiap Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad di dua buah masjid dan sebuah surau terpilih sekitar daerah Ipoh.

“Kami membekalkan 800 bungkusan makanan untuk tempoh sehari dan menyasarkan kira-kira 15,000 bungkusan makanan sebulan dapat diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

“Pihak kami menerima sumbangan dari segi wang tunai dan bahan mentah daripada pelbagai pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi melaksanakan program ini dan kami akan meneruskannya selagi mana menerima sumbangan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada program berkenaan yang turut dihadiri Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Zainol Fadzi Paharuddin serta Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin di perkarangan Masjid Al-Ittihadiah, Manjoi di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Wan Norashikin berkata kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak untuk memberikan sumbangan barang keperluan atau makanan kepada mereka yang terjejas pendapatan.

Seorang penerima, Mailan Muhammad, 62, berkata sumbangan makanan itu sangat membantu dirinya yang tinggal seorang diri.

“Mak cik datang naik basikal ke sini untuk mengambil makanan yang disediakan, mak cik tinggal seorang diri jadi mudah untuk mak cik tidak perlu memasak lagi apabila menerima makanan yang sudah dimasak,” katanya.

Farilah Hashim, 41, ibu tunggal kepada tiga cahaya mata pula berkata sumbangan makanan itu amat diperlukan dan dia berasa gembira apabila melihat anak-anaknya berpeluang menikmati makanan yang sedap dan berkhasiat.

— BERNAMA

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN