‘Hadiah’ terakhir buat Jenazah COVID-19 daripada penggali kubur

Bacaan Al-Fatihah serta doa menjadi ‘hadiah’ terakhir daripada kami buat jenazah pesakit COVID-19, hanya itu sahajalah yang sentiasa dibaca di dalam hati ketika mengusung jenazah sehingga menurunkannya ke liang lahad, demikian kongsi seorang penggali kubur, Yazrul Ekhzan.

Menurut kakitangan Unit Kecil Perkuburan dan Krematorium Perbadanan Putrajaya (PPj) berusia 42 tahun ini, menguruskan jenazah pesakit COVID-19 menjadi ‘terlalu sunyi’, apabila tiada waris dibenarkan berada di tanah perkuburan, untuk bersama-sama mengiringi perjalanan terakhir si mati.

“Memang rasa ralat apabila lihat waris mangsa COVID-19 tidak dapat menyentuh, menatap, mencium jenazah, buat kali terakhir. Ada ahli keluarga datang mengiringi van jenazah, tetapi tidak boleh datang dekat di kawasan perkuburan, kerana prosedur operasi standard (SOP) dalam membendung risiko jangkitan,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Walaupun berat tugas yang dipikul, selain kurang diambil perhatian masyarakat, namun itu sedikit pun tidak mematahkan semangat Yazrul bersama enam lagi rakan sekerja, yang menjalankan tugas sebagai penggali kubur.

“Biarlah ‘jasa tidak didendang’ asalkan, ‘rumah terakhir’ arwah dapat diuruskan dengan sebaiknya,” kata Yazrul yang hampir enam bulan bertugas sebagai penggali kubur.

Jelas bapa kepada empat cahaya mata ini, kes kematian akibat virus maut itu dilihat semakin meningkat awal tahun ini di seluruh negara, termasuk daerah kecil seperti Putrajaya, yang sekali gus menunjukkan virus COVID-19 semakin mengganas.

Mengakui sebelum menerima suntikan vaksin sebelum ini, timbul juga rasa bimbang ketika menguruskan jenazah pesakit COVID-19, namun terpaksa membuang perasaan itu demi tanggungjawab yang diamanahkan.

“Hampir setiap hari pihaknya menerima panggilan telefon dari Hospital Putrajaya untuk menggali kubur, kerana akan ada jenazah yang akan dihantar ke Taman Selatan di Presint 20, yang menggabungkan tanah perkuburan orang beragama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian,” katanya.

Sebaik menerima tugasan yang diamanahkan, beliau bersama enam rakan lain akan terus ke tanah perkuburan untuk kerja penggalian, bagi membolehkan jenazah diuruskan dengan segera bagi mengelakkan risiko penularan virus.

“Kerja berpasukan amat penting, terutama dalam memberi sokongan mental kerana kami terpaksa menghadapi cuaca yang tidak menentu, terutamanya ketika panas terik atau hujan yang terlalu lebat.

“Namun dalam apa jua keadaan, semuanya harus diuruskan dengan pantas, kerana kita tidak boleh terlalu lama dengan jenazah. Apa yang boleh kami lakukan ketika itu adalah, sentiasa berdoa semoga urusan jenazah dapat dipermudahkan dan dikebumikan segera,” katanya.

Melihat situasi pendemik yang masih lagi kritikal dengan kes kematian yang tinggi, menyebabkan beliau sedih apabila ada segelintir masyarakat masih tidak nampak bahaya COVID-19, seterusnya mengambil mudah  penularan wabak dengan tidak mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau berkata, hanya mereka yang telah kehilangan ahli keluarga atau orang yang disayangi akan sedar bahawa, semua ini adalah benar dan sekiranya masyarakat masih mengambil mudah, tidak mustahil mungkin suatu hari nanti sama ada kita atau keluarga pula yang akan melalui situasi  sama.

Sementara itu, rakan setugas Yazrul, Zulkhurnain Abu Samah, 50, pula menyifatkan kerja penggali kubur walaupun bukan seperti petugas barisan hadapan lain yang menyelamatkan nyawa atau menjaga keselamatan awam, namun tetap memainkan peranan penting terutamanya  ketika ‘perang’  pandemik COVID-19 yang belum berakhir.

“Ini adalah amanah dan kita perlu melaksanakannya dengan penuh dedikasi walaupun susah. Semasa COVID-19 mula-mula melanda negara, memang (kami) khuatir untuk menguruskan jenazah, kerana ketika itu tidak banyak maklumat mengenai penyebaran virus, sifat virus, dan tahap bahayanya.

“Apabila kes harian semakin tinggi dan angka kematian juga meningkat, kami perlu menghadapi tugas dan situasi ini dengan reda,” katanya.

Seorang lagi rakan setugas mereka Mohd Rizal Othman, 41, turut senada dengan sahabatnya bahawa  tugas mereka sentiasa terdedah kepada risiko, namun amanah tersebut perlu dilaksanakan dengan baik dalam apa situasi sekali pun.

“Alhamdulillah…Sehingga hari ini, kami tujuh sahabat selamat dan tiada siapa pun yang dijangkiti atau dikuarantin kerana COVID-19. Ini kerana, (berkat) doa yang tidak pernah putus supaya segala urusan dipermudahkan.

“Selain itu sebagai pelindung, kami sentiasa memastikan SOP pengurusan jenazah dan pengebumian yang diberikan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya dipatuhi, terutamanya membabitkan tunjuk ajar dalam pemakaian PPE yang betul, selain memantau kerja kami agar  semuanya selamat,” katanya.

Walaupun kadang kala merasa tertekan dengan tugas yang memenatkan, namun beliau dan rakan-rakan tidak pernah berputus asa, dan yakin penularan wabak ini akan berakhir sekiranya seluruh masyarakat bekerjasama dengan mematuhi SOP yang ditetapkan serta mengikut nasihat KKM.

— BERNAMA

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN