BN Perlu Beri Tumpuan Bentuk Semula Kerajaan Di Selangor – Mubarak

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) perlu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha mencatat kemenangan di Selangor pada pilihan raya umum ke-13 bagi membentuk semula kerajaan di negeri itu, kata Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar.

Sebaliknya, kata beliau, sebarang cakap-cakap mengenai siapa yang layak mengisi

jawatan Menteri Besar Selangor sekiranya BN kembali berkuasa di negeri itu adalah tidak penting buat masa ini.

Katanya pendirian berkenaan telah disampaikan oleh Mubarak kepada pengetahuan pucuk kepimpinan BN Selangor yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

“Memang perkara ini sudah diperhatikan sejak sekian lama. Begitu juga di pihak Perdana Menteri. Namun soal sama sudah ada calon-calon sesuai dikenal pasti untuk jawatan Menteri Besar Selangor, itu terpulang kepada budi bicara Perdana Menteri.

“Tetapi apa yang pasti, daripada lebih 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)yang BN ada, takkanlah kita tidak dapat pilih seorang calon untuk mengisi jawatan berkenaan. Ini adalah mustahil. Adalah tidak adil untuk pihak tertentu melabelkan ADUN-ADUN kita tidak mempunyai keupayaan untuk mentadbir Selangor.”

Beliau berkata demikian ketika ditemuramah dalam program “Dalam Radar” terbitan Bernama Radio24, Khamis.

Bagaimanapun Abu Hassan berkata, seseorang ADUN yang mempunyai kelayakan setimpal, prestasi kerja yang baik, personaliti yang disukai rakyat selain bersikap telus, boleh dipertimbangkan namanya kepada PM dan Sultan sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Ditanya mengenai sama ada BN mempunyai peluang cerah untuk menawan kembali Selangor pada PRU akan datang, bekas Menteri Besar Selangor itu melahirkan keyakinan bahawa misi tersebut boleh direalisasikan.

Keyakinan tersebut, katanya, adalah berdasarkan kepada sikap rakyat Selangor yang kini mulai sedar terhadap kepincangan dan perwatakan sebenar pakatan pembangkang.

“Jika kita boleh satupadukan segala usaha kita khususnya dari aspek jentera parti-parti komponen BN, Mubarak dan badan-badan lain ditambah pula dengan tahap kesedaran rakyat terhadap kepincangan sebenar pembangkang, misi ini boleh berjaya.

“Tambahan pula, BN mempunyai rekod pencapaian dan jentera pilihan raya yang lebih tersusun berbanding pembangkang,” katanya. – BERNAMA

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â