Sarawak terima 380,000 dos vaksin Rabu ini – Abang Johari

KUCHING  — Sarawak akan menerima sejumlah 380,000 dos vaksin jenis Sinovac pada Rabu ini dalam usaha mencepatkan lagi proses vaksinasi dan mencapai imunisasi kelompok di negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata penghantaran vaksin itu adalah sebahagian daripada yang diumumkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin semasa lawatannya ke Sarawak minggu lepas.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 89,360 dos vaksin akan dihantar ke Miri pada 10 Jun. Sasaran kita ialah mencapai satu juta suntikan dos vaksin menjelang hujung bulan ini,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di Borneo Convention Centre (BCCK), di sini hari ini.

Minggu lalu, Khairy mengumumkan Sarawak akan menerima 380,000 dos vaksin setiap minggu bermula minggu pertama Jun hingga akhir Ogos, sekali gus bakal menjadi negeri pertama di Malaysia yang melengkapkan Program Imunisasi COVID-19 dengan 2.2 juta penduduknya diberi vaksin.

Mengenai PPV di BCCK  yang mula beroperasi hari ini dan dikhaskan untuk penerima sukarela vaksin AstraZeneca, Abang Johari berkata prosedur pendaftaran sehingga selesai proses suntikan amat baik dan berjalan lancar.

“Kira-kira 30,000 penerima yang mendaftar untuk vaksin AstraZeneca di Sarawak dan hari ini sebanyak 1,000 orang akan menerima suntikan itu,” katanya.

Selain di BCCK, PPV vaksin AstraZeneca turut dibuka di Pusat Kemahiran Belia Negara di Miri yang juga mula beroperasi hari ini sehingga hujung Julai.

Sementara itu, Abang Johari berkata bagi pendaftaran vaksinasi di kawasan luar bandar, Sarawak menggunakan pendekatan secara hibrid iaitu selain menerusi aplikasi MySejahtera, kaedah manual turut digunakan.

Beliau berkata ramai penduduk di luar bandar menetap jauh dari PPV, justeru, sekiranya mereka yang belum mendaftar melalui MySejahtera atau Pejabat Residen hadir di PPV, mereka tidak akan disuruh pulang sebaliknya terus diberikan suntikan vaksin.

“Untuk di luar bandar, mereka yang datang walaupun nama dia tiada dalam sistem, kita tetap akan berikan suntikan vaksin dan kemudian barulah didaftar dengan butiran peribadi mereka direkodkan dan dimasukkan ke dalam sistem dan pangkalan data,” katanya.

Abang Johari berkata beliau telah meminta semua wakil rakyat di negeri ini membantu penduduk di kawasan mereka dalam proses pendaftaran vaksinasi itu agar sasaran mencapai imunisasi kelompok pada akhir Ogos ini berjaya.

— BERNAMA

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN