Op Penawar: 3,300 anggota ATM bantu PDRM dalam SJR, pos statik, rondaan MPV

Seramai 3,300 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diatur gerak bagi membantu Polis Diraja Malaysia  dalam penugasan sekatan jalan raya (SJR), pos statik dan rondaan Mobile Patrol Vehicle (MPV) di seluruh negara.

Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang berkata tindakan melalui pelaksanaan Op Penawar itu melibatkan ketiga-tiga perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

“ Atur gerak dan kesiapsiagaan ini turut meliputi aspek kawalan dan rondaan keselamatan di kawasan berisiko tinggi yang telah diisytiharkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), lokasi Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan pelaksanaan Task Force Operasi Pematuhan bagi memantau serta menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata menerusi Op Benteng pula, dengan kerjasama semua agensi keselamatan, Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) berjaya memperketatkan kawalan sempadan darat, laut dan udara di samping memudahkan proses kerja setiap agensi dalam mencapai misi operasi berikutan kegiatan pencerobohan adalah saling berkait dengan jenayah rentas sempadan yang lain.

“Secara keseluruhannya, melalui Op Benteng di seluruh negara, seramai 12,285 anggota diatur gerak bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin daripada membolosi sempadan negara terutamanya melalui lorong-lorong tikus,” katanya.

Beliau juga berkata seramai 15,759 individu ditahan terdiri daripada pendatang tanpa izin, tekong dan penyeludup sejak 6 Mei hingga semalam,

Katanya terdapat sejumlah 8,617 pelaporan melibatkan 5,221 kes tangkapan, 1,593 kes rampasan, 379 pengusiran dan 1,421 kes penglihatan melibatkan nilai rampasan dianggar RM528.6 juta.

Beliau berkata bagi tempoh dua minggu fasa pertama sekatan pergerakan penuh yang bermula hari ini, pergerakan keluar masuk pendatang tanpa izin dijangka meningkat berterusan melalui lorong tikus selain berlakunya kegiatan jenayah rentas sempadan di utara Semenanjung serta sempadan Sarawak-Kalimantan.

“Oleh itu, NTF akan memastikan semua agensi keselamatan dan penguatkuasaan yang terlibat bersiap siaga dalam segala aspek bagi menjaga sempadan negara dalam memastikan tiada pendatang tanpa izin dan kegiatan jenayah rentas sempadan berlaku,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Affendi berkata Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Medan ATM di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang, telah beroperasi sepenuhnya pada 30 Mei lepas dengan kapasiti 24 katil.

Bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, ATM telah selesai memberikan 112,348 dos vaksin kepada 56,174 pegawai dan anggota ATM setakat ini berdasarkan bidang penugasan dan kawasan berisiko tempat bertugas termasuk petugas pelbagai agensi keselamatan dan penguatkuasaan di Markas NTF.

“Pada Jun ini, ATM akan menerima 81,900 dos vaksin bagi meneruskan program vaksinasi kepada anggota ATM, selain ATM dijangka menerima kuota tambahan vaksin untuk diberikan kepada veteran ATM dan ahli keluarga warga ATM,” katanya. — BERNAMA

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN