Konflik Palestin-Israel: “penyelesaian dua negara” bukan solusi terbaik?

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Penyelesaian Dua Negara yang disokong Tan Sri Muhyiddin semalam maknanya Israel dan Palestin akan wujud sebagai negara berdaulat. Dan akan diiktiraf seluruh dunia. Tetapi kalau ada hendak mengatakan kaedah ini disokong penduduk Palestin atau satu-satunya cara terbaik adalah tidak tepat. 

Rakyat Palestin majoritinya tidak setujupun kaedah sebegitu. Yang sokong sebenarnya adalah Yasser Arafat dan sekutunya sahaja.

Ketika itu Arafat sangat terdesak dengan populariti Jihad Islam Palestin (JIP) dan Hamas. Rakyat Palestin sedang melihat Fatah (parti Arafat) lemah dan tiada hasil yang memberangsangkan setelah berpuluh tahun berjuang. 

Maka dibuat Perjanjian Oslo 1993. Kebetulan Israel ketika itu dipimpin oleh Yitzhak Rabin yang lebih sederhana. Perjanjian inilah yang memberi persetujuan agar diwujudkan dua negara merdeka – Israel dan Palestin.

Sebagai permulaan, Gaza dan Tebing Barat diserahkan kepada PLO dengan Arafat menjadi pemimpin kerajaan Palestin yang sah. Tapi 61 peratus Tebing Barat terutama di lembah Sungai Jordan akan ditadbir sepenuhnya oleh Israel dahulu (kononnya secara sementara). 

Bagi Arafat, walaupun perjanjian itu berat sebelah tetapi lebih baik Palestin ada kerajaan daripada tidak dapat apa.

Senang cakap (mengenai) kuasalah. Hendak terus berkuasa dan nampak relevan maka terpaksa tandatangan perjanjian yang tidak munasabah.

Sama seperti Trump iktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu kota Israel pada 2017. Itu sebab hendak mengejar mid-term election di negaranya. Atau Netanyahu bom Gaza hari ini. Itu sebab hendak tunjuk dia sahaja yang boleh jaga keselamatan Israel bila majoriti rakyatnya menolak parti Likud dalam pilihan raya.

Perangai orang politik ini lebih kurang sahaja.

Dalam perjanjian Oslo itu juga, kedudukan Baitul Maqdis Timur (yang mengandungi Al Aqsa) pula akan dirunding kemudian. Kawasan ini asalnya Jordan yang pegang sebelum Israel tawan dalam Perang 6 Hari pada tahun 1967.

Keputusan inilah yang menyebabkan Yitzhak Rabin dibunuh oleh pelampau Zionis kerana dianggap menggadaikan Baitul Maqdis kepada pihak Palestin.

Bermula tahun 2000-an, pengaruh parti Buruh jatuh dan akhirnya Likud (Netanyahu) pula naik. Maka digerakkan penempatan haram Yahudi di Lembah Sungai Jordan tadi. Lembah ni sebenarnya penting bagi Israel sebab merupakan sumber utama air mereka. Tidak logikpun mereka mahu serah kepada Palestin.

Sebab itu kajian Washington Institute pada tahun lepas mendapati bahawa majoriti rakyat Palestin menolak Penyelesaian Dua Negara;

i. 66 peratus rakyat Tebing Barat dan 56 peratus rakyat Gaza mahukan semua tanah Palestin asal dimiliki mereka semula

ii. Hanya 14 peratus rakyat Tebing Barat dan 31 peratus rakyat Gaza mahukan Penyelesaian Dua Negara. 

iii. 9 peratus rakyat Tebing Barat dan 5 peratus rakyat Gaza mahu bergabung dengan negara jiran (Mesir / Jordan). 

iv. 11 peratus rakyat Tebing Barat dan 9 peratus rakyat Gaza mahukan kewujudan negara bersama dengan Yahudi di mana setiap rakyat memiliki hak yang sama rata. Inilah yang dipanggil sebagai “One State Solution”.

One State Solution inipun Israel tidak mahu. Sebabnya Israel ini mengamalkan sistem Proportional Representation (PR). Dalam sistem ini, pengundi akan undi parti dan bukan calon. Selepas habis mengundi, kerusi di Knesset (Parlimen) akan dibahagikan mengikut peratusan undi yang parti itu dapat.

Contohnya ada 112 kerusi Parlimen di Israel dan parti X dapat 35 peratus undi popular. Maka parti X akan dapat 35% x 112 = 39 kerusi Parlimen.

Israel tidak setuju kerana populasi mereka hari ini adalah 8.8 juta orang. 75 peratus sahaja Yahudi dan selebihnya Arab (majoriti Islam). Palestin pula ada 5.5 juta rakyat yang hampir kesemuanya Arab Muslim.

Sekiranya dua entiti ini digabungkan menjadi satu negara, maka peratusan Yahudi hanya akan menjadi 46 peratus. Tidak pasal-pasal Arab Muslim akan jadi Perdana Menteri negara baharu.

Itu tidak ambil kira lagi fakta bahawa rakyat Palestin ini mempunyai fertility rate 3.7 – kadar kesuburan paling tinggi dalam dunia.

Jadi sebenarnya tidak ada penyelesaian damaipun yang Israel mahukan. Walaupun apa yang TSMY sebut itu sebenarnya adalah sesuai atas kapasiti beliau sebagai ketua kerajaan (sebab two state solution ini kerajaan Palestin sendiri yang tandatangan), tetapi dalam keadaan keganasan hari ini kenyataan itu bukanlah sesuatu yang dialu-alukan.

Satu-satunya penyelesaian yang patut disebut adalah penyatuan negara Islam. Contohnya gabungan aid mission negara-negara Islam ke Gaza. Atau gabungan tentera pengaman ke kawasan konflik bagi melindungi orang awam. Atau gabungan negara Islam buat sekatan ekonomi / minyak kepada negara sekutu Israel.

Itu yang umat Islam mahu dengar.

Contoh masa Perang Yom Kippur 1973 yang memaksa Israel menyerlahkan kembali Semenanjung Sinai kepada Mesir. Ketika tu Arab Saudi sendiri (walaupun tidak terlibat perang) melaksanakan embargo minyak sehingga Amerika Syarikat terpaksa desak Israel terima perjanjian damai yang menguntungkan negara Arab.

Buat perutusan khas, kadang-kadang kena ada common sense juga. Kalau keluar TV buat kenyataan menyakitkan hati, baik duduk diam-diam sahaja makan kuih raya. 

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

清真寺兴都庙不分宗教庇护气爆灾民 霹苏丹:高尚德行可成楷模

Masjid dan kuil Hindu beri perlindungan kepada mangsa letupan tanpa mengira agama, akhlak mulia patut dicontohi – Sultan Perak

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN