Tindakan Boikot PSC Mengenai Lynas Dibuat Kerana Takutkan Kebenaran

Tindakan pembangkang yang ingin memboikot Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) Mengenai Projek kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang adalah tindakan yang takut kepada kebenaran.

Anggota Parlimen Jempol Datuk Lilah Yassin berkata pembangkang sanggup berbuat demikian kerana bimbang jika jawatankuasa berkenaan dapat membuktikan bahawa projek Lynas sebenarnya selamat.

“Kalau dia masuk jawatankuasa ini dan kebenaran itu terserlah maka sudah pasti undi mereka akan kurang kerana selama ini mengatakan projek itu tidak selamat,” katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Beliau mengulas kenyataan anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh pada Selasa yang mengatakan bahawa pembangkang tidak akan menyertai PSC tersebut kerana menganggapnya tidak adil.

Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman sependapat dengan Lilah apabila mengatakan tindak tanduk pembangkang itu menunjukkan bahawa mereka tidak ikhlas untuk mencari kebenaran sebaliknya hanya ingin memanipulasi isu demi kepentingan sendiri.

Menurut Tajuddin tindakan memboikot PSC berkenaan sebenarnya adalah strategi pembangkang untuk menggagalkan usaha kerajaan menubuhkan jawatankuasa tersebut.

“Kalau mereka turut serta dalam jawatankuasa ini mereka kena terima segala keputusan atau kebenaran yang dibuktikan.

“Jadi untuk elak terperangkap mereka buat keputusan untuk boikot supaya nanti bila ada keputusan positif dia boleh tuduh itu keputusan kerajaan…Barisan Nasional dah manipulasi,” katanya.

Sementara itu anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh pula berkata jika benar pembangkang kononnya ingin memperjuangkan kebimbangan rakyat terhadap projek Lynas maka adalah perlu bagi mereka untuk menyertai jawatankuasa berkenaan.

Beliau berkata ini kerana PSC akan menjalankan siasatan secara telus daripada semua sudut selain melihat apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan demi kepentingan bersama

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN