PRN Sabah: Calon BN guna lambang dacing

Calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan menggunakan lambang parti iaitu dacing kerana pengundi sudah biasa dengannya, kata Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa.

Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Ketua Koordinator BN bagi PRN Sabah berkata tinjauan yang dibuat mendapati pengundi sudah biasa dengan lambang dacing dan perkara itu tidak boleh dipandang remeh.

Menurutnya, biro politik dan Dewan Tertinggi BN yang telah bermesyuarat, telah memaklumkan kepada parti-parti rakan komponen Perikatan Nasional (PN) bahawa calon BN akan menggunakan lambang dacing.

“Walaupun bertanding atas logo BN, parti-parti lain yang nak guna (lambang) PN, tidak ada masalah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi Town Hall Menteri Wilayah Persekutuan Bersama Warga Kementerian Wilayah Persekutuan Tahun 2020, di sini hari ini.

Beliau berkata rundingan juga telah dicapai dengan komponen PN untuk tidak akan ada perebutan kerusi untuk ditandingi.

“Soal siapa bertanding dan di mana, Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dah diberi mandat dan beliau juga sedang muktamadkan (senarai calon).

“Kita sudah 80 peratus bersedia (dan) rundingan antara parti-parti juga berjalan dengan baik di mana kita telah ada satu persefahaman yang mana kita tidak akan benarkan situasi free for all dalam kalangan parti-parti pembangkang, tetapi pembangkang yang bersatu-padu,” katanya.

Annuar berkata BN juga bekerjasama rapat dengan rakan daripada PN bagi memastikan kemenangan calon walaupun berlainan logo.

“Kami bekerjasama rapat dengan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia). Malah kami akan berkongsi jentera (pilihan raya), kami adalah satu walaupun guna logo yang berbeza,” katanya.

PRN Sabah ditetapkan pada 26 September manakala penamaan calon pada 12 September dan pengundian awal pada 22 Sept, dengan sejumlah 1.12 juta pemilih berdaftar layak mengundi. — Bernama

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN