Tengku Adnan ( @TengkuAdnanReal ) Nafi Terima Surat Letak Jawatan @ShahrizatJalil?

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Ahad menafikan bahawa pihaknya telah menerima surat perletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno.

“Tiada… tiada (surat perletakan jawatan) setahu saya.

“Saya ada bercakap dengan dia (Shahrizat) pada Isnin lepas tetapi (kandungan) tak boleh cakap (dedah),” katanya kepada pemberita apabila ditanya sama ada Umnosudah menerima surat perletakan jawatan Shahrizat.

Sebelum itu, Tengku Adnan yang juga Anggota Parlimen Putrajaya melancarkan Mini Karnival Puteri Umno di Presint 9, di sini Ahad.

Isu perletakan jawatan Shahrizat sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Pergerakan Wanita Umno timbul apabila beliau dikaitkan dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang diterajui suaminya Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail yang terbabit dalam projek lembu daging di Gemas, Negeri Sembilan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu berkata, beliau akan mengumumkan kedudukan Shahrizat secara teratur pada waktu dan masa yang sesuai.

Ditanya sekiranya Shahrizat meletak jawatan, Tengku Adnan yang juga SetiausahaAgung BN berkata “kita terimalah”.

“Parti akan terus bergerak sekiranya beliau (Shahrizat) meletakkan jawatan sebagai Ketua Pergerakan Wanita. Kita ada Naib Ketua Wanita dan Jawatankuasa Wanita Pusat yang boleh bergerak. Dalam parti, tiada individu yang akan menjadi jaguh kerana kita mengamalkan konsep bermuzakarah,” katanya.

Apabila ditanya sama ada Shahrizat akan memberi implikasi kepada BN, khususnya pada Pilihanraya Umum ke-13, Tengku Adnan berkata, individu harus sedar apa yangharus dibuat demi kepentingan parti.

“Sebagai seorang Ketua Pergerakan Wanita Umno, seorang pemimpin yang matang, beliau seharusnya berfikir. Adakah beliau membawa mudarat kepada parti? Beliau mesti memutuskannya sendiri. Jika ya, saya berpendapat beliau perlu berundur,” katanya.

“Ini terpulang kepada diri sendiri. Beliau (Shahrizat) menang sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno kerana dipilih dan bukan dilantik manakala jawatan sebagai Menteri merupakan hak mutlak Perdana Menteri untuk membuat keputusan,” katanya.

Shahrizat yang dilantik sebagai Senator pada 9 April 2009 akan tamat tempoh penggal sebagai Senator pada 8 April ini.

Sebelum ini, beberapa pemimpin parti menasihati Shahrizat agar melepaskan jawatan untuk mengelakkan dirinya menjadi bebanan kepada BN, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta agar ‘jangan terlalu sayang kepada jawatan”.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN