Keputusan sertai UMNO hanya boleh diputuskan Presiden – Bersatu Kedah

Keputusan sama ada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu dibubarkan dan menyertai UMNO atau tidak, terletak pada kuasa yang dimiliki Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Ketua Badan Pimpinan Bersatu Kedah, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, pihaknya tidak akan sesekali membuat keputusan lebih awal daripada kepimpinan di peringkat pusat, terutama berkaitan isu terbabit.

Bagaimanapun, jelasnya, situasi dan keadaan terkini yang berlaku di negara ini tidak memungkinkan perkara terbabit berlaku dalam masa terdekat.

“Kami wala’ dengan presiden. Presiden parti setakat ini tidak keluar kenyataan ke arah itu (pembubaran Bersatu), jadi kita akan bersama dengan Muhyiddin untuk memperkuatkan Bersatu.

“Kita tidak akan kembali kepada UMNO. Selagi kepimpinan di atas belum membuat keputusan sedemikian, setakat ini saya tidak nampak jalan Muhyiddin akan balik kepada UMNO,” katanya.

Suhaimi berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Santai Bersatu di Kampung Permatang Berangan, di sini, pada Isnin.

BACA: Muafakat Nasional: Bersatu lebih elok dibubar dahulu dan sertai UMNO – Bastien

Terdahulu, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Bastien Onn mencadangkan Bersatu dibubarkan dan memasuki UMNO sebelum menyertai Muafakat Nasional (MN).

Menurutnya, situasi itu tidak mustahil berlaku kerana Bersatu sendiri sudah pecah dua akibat parti baharu yang ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelas Bastien, UMNO juga sedia menerima Muhyiddin serta ahli-ahli parti itu dengan hati yang terbuka.

…………………..
Berita sebelumnya:

Muafakat Nasional: Bersatu lebih elok dibubar dahulu dan sertai UMNO – Bastien

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dicadang dibubarkan dan memasuki UMNO sebelum menyertai Muafakat Nasional (MN).

Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn menegaskan, situasi itu tidak mustahil berlaku kerana Bersatu sendiri sudah pecah dua akibat parti baharu yang ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelasnya, UMNO juga sedia menerima Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta ahli-ahli parti itu dengan hati terbuka.

“Tengok perlembagaan parti mereka, hampir sama dengan UMNO. Apa ertinya mereka masuk Muafakat Nasional (MN), baik mereka ini yang tinggal masuk dalam UMNO dan berjuang kepada kedudukan orang Melayu dalam kerajaan yang lebih baik.
“Melayu yang berpecah-belah mengurangkan penawaran kita kepada Malaysia, itu yang saya katakan bila minta Muhyiddin (masuk UMNO) dan kita dalam UMNO akan menerima dengan hati yang terbuka kerana asalnya Muhyiddin adalah dalam UMNO, beliau bukan lompat, beliau dipecat. Ada beza itu.

“Sebab itu saya kata bahawa sekiranya masuk ke dalam UMNO kita sama-sama boleh perjuangkan kedudukan orang Melayu. Saya percaya kalau dia mempunyai hasrat itu, UMNO akan terima dengan hati yang terbuka. Ini bukan soal kita rasa tidak baik untuk Tan Sri Muhyiddin, ini cadangan lebih baik, saya percaya akar umbi UMNO bila kita beri keterangan mereka akan terima keadaan,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menyatakan sokongan penuh dengan keputusan Bersatu untuk menyertai MN yang diasaskan UMNO dan Pas.

Jelas Takiyuddin, penyertaan UMNO, Pas dan Bersatu bukan sahaja akan mewujudkan suatu gagasan besar ‘Melayu Raya’ sebaliknya juga memperkasakan struktur masyarakat Malaysia yang merupakan sebuah negara majmuk berbilang bangsa, agama dan budaya.

Dalam pada itu, penganalisis politik yang juga felo penyelidik dari Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM MAPAN), Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri berkata, UMNO boleh menolak kemasukan Bersatu ke dalam MN melalui usul yang diperoleh dari persidangan cawangan dan bahagian parti itu yang sedang berlangsung sekarang.

Tegasnya, usul itu kelak seharusnya dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO untuk dipersetujui melalui saluran sepatutnya.

“Pandangan akar umbi atau suara bawahan perlu diambil kira dan golongan bawahan sepatutnya memanfaatkan persidangan cawangan dan bahagian yang sedang berjalan untuk menyuarakan usul bahawa mereka tidak mahu menerima Bersatu itu masuk itu masuk MN tetapi sebaliknya mahu Bersatu bubar dan masuk UMNO kembali. Itu mungkin boleh jadi usul.

“Usul kedua pula, mereka menolak secara total kemasukan Bersatu. Apa yang perlu dilakukan oleh golongan bawahan dan akar umbi ialah menyuarakan pendapat mereka, menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kepada usul di dalam persidangan cawangan atau bahagian.

“Jadi, kita boleh menentang, tetapi ia haruslah melalui saluran-saluran yang dibenarkan di dalam parti,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjelaskan, Muhyiddin perlu kembali menyertai UMNO dan mengukuhkan parti terbesar orang Melayu itu, kata

Menurut Nazri, semua ahli dan pemimpin UMNO perlu bersikap terbuka dan menerima Muhyiddin kembali menyertai parti itu.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN