Perbelanjaan naik taraf Stadium Shah Alam libatkan kos RM250 juta – MB Selangor

Kerajaan negeri Selangor masih meneliti kerosakan yang berlaku di Stadium Shah Alam sebelum mengeluarkan perbelanjaan yang sepatutnya untuk proses menaik taraf venue berkenaan.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata kos untuk menggantikan bumbung polikarbonat serta pendawaian elektrik pada bumbung Stadium Shah Alam sahaja mencecah RM30 juta dan jika ditambah dengan kos menaik taraf keseluruhan dijangka mencecah RM250 juta.

“Saya selalu berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk baiki stadium (Shah Alam) dan sebagainya. Memang perlukan masa agak panjang, paling tidak untuk ubah bumbung (stadium) sahaja mengambil masa antara empat sehingga enam bulan untuk disiapkan.

“Kalau kita ingin membaiki bumbung, kita juga perlu lihat proses pendawaian pada keseluruhannya sebab ia akan mendedahkan kesemua wayar elektrik (di sekitar bumbung stadium).

“Sebab itu kita minta pasukan Selangor berpindah sementara ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebelum kembali ke Stadium Shah Alam pada 2022 atau 2023,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran jersi baharu kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool FC bagi musim 2020/21 di sebuah kedai menjual peralatan sukan di sini, hari ini.

Selangor dilapor sedang mempertimbang sama ada menggunakan Stadium UiTM di Shah Alam atau Stadium MBPJ di Kelana Jaya bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia serta kempen Piala Malaysia musim ini, memandangkan Stadium Shah Alam tidak selamat digunakan berikutan keadaan bumbung yang uzur.

Stadium Shah Alam yang berkapasiti 80,000 penonton mendapat ‘sentuhan’ arkitek ternama negara, Hijjaz Kasturi dibuka secara rasmi pada Julai 1994 dan pernah menjadi gelanggang utama skuad Harimau Malaya pada 1994 hingga 1997 sebelum Stadium Nasional Bukit Jalil siap dibina.

— BERNAMA

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN