FELDA tetap disenarai Tanpa Pembabitan KPF

Syarikat tujuan khas lindungi kepentingan 220,000 ahli koperasi

KUALA LUMPUR: Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia akan diteruskan tanpa pembabitan Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Bhd (KPF) dengan jaminan untuk tetap menjaga kepentingan peneroka.Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad (kiri), berkata bagi tujuan itu, FELDA akan membentuk sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang akan melindungi kepentingan 220,000 ahli koperasi, termasuk 112,635 peneroka dan bakinya staf koperasi serta anak peneroka,.

Cadangan penyenaraian FGVH penting dalam memastikan generasi FELDA akan datang serta ahli KPF tidak terlalu bergantung kepada harga minyak sawit yang turun naik. Apabila disenarai, FGVH dimantapkan dengan portfolio global yang pelbagai dan bersepadu dengan pulangan jangka panjang yang kukuh. – Tan Sri Isa Samad

“Memandangkan keuntungan yang bakal diterima daripada penyenaraian itu kelak tidak boleh disalurkan kepada KPF, syarikat itu akan mengambil peranan berkenaan dan memastikan peneroka mendapat manfaat secara terus, selain keuntungan yang bakal diraih sepanjang aktiviti perniagaannya pada masa depan.

“Peneroka tidak perlu bimbang nasib dan masa depan mereka kerana durian runtuh serta faedah yang bakal diperoleh daripada penyenaraian FGVH tetap diberi seperti dijanjikan,” katanya sambil menambah struktur dan pegangan syarikat itu dalam FGVH diumumkan sebelum penyenaraian nanti.

Isa berkata demikian pada taklimat media, semalam susulan pembatalan Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF yang dijadual berlangsung di sini, kelmarin. Mesyuarat dibatalkan berikutan perintah Mahkamah Tinggi Kuantan pada 17 Februari lalu membenarkan injunksi sementara oleh lapan peneroka untuk menghalang KPF daripada memindahkan 51 peratus sahamnya dalam Felda Holdings Bhd (FHB) dan 10 anak syarikat miliknya kepada FGVH.

Mesyuarat agung khas itu diadakan bagi meluluskan usul cadangan pelupusan pegangan KPF bagi membolehkan pemindahan aset perniagaan milik koperasi kepada FGVH. Sebagai timbal balas, KPF diberi hak eksklusif sebagai pemegang saham terbesar iaitu 37 peratus.
Berikutan halangan oleh lapan peneroka itu, penyertaan KPF dalam cadangan tawaran awam permulaan (IPO) FGVH dibatalkan.

Isa juga menjelaskan FGVH adalah syarikat dimiliki 100 peratus oleh kerajaan dan keputusan menyenaraikannya terletak di tangan Lembaga Pengarah FELDA dan menteri yang bertanggungjawab terhadap FELDA dan bukan KPF.

“Cadangan penyenaraian FGVH penting dalam memastikan generasi FELDA akan datang serta ahli KPF tidak terlalu bergantung kepada harga minyak sawit yang turun naik. Apabila disenarai, FGVH dimantapkan dengan portfolio global yang pelbagai dan bersepadu dengan pulangan jangka panjang yang kukuh.

“Cadangan penyenaraian ini memberi banyak faedah jangka pendek dan panjang kepada KPF dan ahlinya, namun kita menghormati keputusan mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif KPF, Mazlan A Talib ketika dihubungi, berkata pihaknya hanya akan memberi maklum balas berhubung perkara itu selepas perbicaraan berhubung permohonan injunksi itu pada 8 Mac ini.

“Saya tidak boleh memberi maklum balas kerana perintah injunksi dikeluarkan mahkamah,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN