[Video] Ahmad Maslan: PN kerajaan ‘pintu istana’, bukan ‘pintu belakang’

Isu kerajaan ‘pintu istana’ yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan mengundang perdebatan hangat antara penyokong kerajaan dan pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Ketika mencadangkan usul ucapan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan Penggal Ketiga, Parlimen ke-14, Ahmad menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) merupakan kerajaan yang sah setelah memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Setiap orang daripada 113 orang (Ahli Parlimen kerajaan) di sini mempunyai mandat rakyat. Ini adalah kerajaan ‘pintu istana’ yang sah, bukan kerajaan ‘pintu belakang’. Hentikanlah tuduhan bahawa kerajaan (PN) ini ‘pintu belakang’ kerana (ia) menghina keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” katanya.

Ahmad berkata pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan yang diperkenan Al-Sultan Abdullah adalah berdasarkan proses penilaian yang mendapat majoriti kepercayaan ahli Dewan Rakyat.

Malah, rata-rata ahli parlimen kerajaan mendedahkan semula bahawa mereka pada mulanya menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri kelapan.

“Kami semua sign (tandatangan) SD sokong Langkawi (Dr Mahathir) tetiba Langkawi letak jawatan (sebagai perdana menteri) (jadi) kami sokong (Ahli Parlimen) Pagoh (Muhyiddin) lah ,” kata Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) ketika mencelah ucapan Ahmad.

Perkara itu disokong oleh Ahmad dengan berkata: “Kami semua signSD untuk Tun Mahathir tapi SD itu tidak terpakai bila Langkawi letak jawatan…jadi kami sokong Pagoh (Muhyiddin)”.

Bagaimanapun, Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) bangun mencelah dan mempersoalkan kerajaan PN bukan dipilih melalui Pilihan Raya Umum (PRU).

“Kerajaan pintu belakang ini bukan dipilih masa Pilihan Raya Umum (PRU), itu sahaja. Tak faham?” katanya.

Justeru, Ahmad bangkit dan mencadangkan supaya istilah ‘kerajaan pintu belakang’ dan ‘pengkhianat’ hendaklah dianggap ‘unparliamentary’ atau bercanggah dengan peraturan Parlimen. — Bernama

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN