[Video] Kelamai penentu status Rao

Cara memasaknya seperti lemang namun bentuknya pula seakan-akan dodol. Inilah keunikan ‘Kelamai’ iaitu sejenis makanan tradisi popular di kalangan masyarakat keturunan Rao, yang lazimnya disediakan ketika Aidilfitri.

Makanan ini semakin sukar ditemui, namun bagi memastikan kesinambungannya, sebuah keluarga keturunan Rao di Kampung Tersusun, Gopeng, pasti menyediakannya khusus untuk dijual kepada orang ramai sepanjang Ramadan.

Pengusahanya, Zaitun Makat, 84, berkata Kelamai ibarat juadah wajib ketika Aidilfitri, malah menjadi penentu kebesaran atau status sesebuah keluarga dalam masyarakat Rao suatu ketika dahulu.

“Bukan mudah hendak menyediakan bahan untuk memasak Kelamai, jadi ketika itu sekiranya sesebuah keluarga itu mempunyai makanan Kelamai di dalam rumahnya maka mereka akan dianggap sebagai seseorang yang hebat dan masyhur ketika itu,” katanya kepada BH.

Zaitun mengusahakan Kelamai sejak lebih 50 tahun lalu mengakui pembuatan makanan itu memerlukan kesabaran yang tinggi kerana perlu melalui peringkat penyediaan bahan yang rumit hingga memakan masa seminggu manakala tempoh memasaknya pula memerlukan selama lapan jam.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Uci berkata, Kelamai diusahakannya dikaitkan dengan cerita terdahulu mengenai tiga wanita dari keturunannya yang ditinggalkan suami dan kemudian mengembara sambil menggendong anak dari Rao, Sumatera di Indonesia hingga akhirnya tiba di Kampar, Perak.

“Berdasarkan cerita, dalam perjalanan itu setiap seorang mereka membawa tiga batang Kelamai dan bergantung hidup dengan bekalan itu sepanjang tiga hari perjalanan mereka,” kata wanita yang memiliki 10 anak, 56 cucu dan 34 cicit itu.

Zaitun yang dibantu anak-anaknya menyediakan Kelamai setiap kali Aidilfitri berkata, bahan untuk membuat hidangan itu adalah beras pulut, gula merah, gula putih, tahi minyak dan kerisik, dengan juadah itu hanya dapat dinikmati selepas selesai keseluruhan proses penyediaan dan memasak selama hampir seminggu.

Beliau berkata, salah satu kelebihan Kelamai adalah makan itu boleh disimpan sehingga tiga bulan.

Katanya, buluh digunakan pula lebih tebal namun kulitnya akan dibuang terlebih dahulu berbanding buluh lemang yang terus digunakan dalam keadaan asal.

“Beras pulut yang sudah dikisar dicampur dengan gula merah dan diperam selama tiga hari, lebih sedap kalau diperam dalam pasu dan petua orang lama bancuhan peram itu jangan sesekali diintai.

“Setelah itu, malam sehari sebelum dibakar barulah bahan peram itu dicampur pula dengan dua bahan lagi iaitu kerisik dan tahi minyak serta segenggam tepung gandum sehingga sebati sebelum adunan dituang dalam buluh untuk dibakar menggunakan bara api selama lapan jam,” katanya.

Katanya, sesudah dibakar ia akan disejukkan sekurang-kurangnya dua sehingga tiga hari sebelum dihidangkan.

Sementara itu, anaknya, Noradidah Mokhtar, 52, berkata perusahaannya itu yang turut diusahakan bersama adik-beradik lain semakin mendapat perhatian apabila gambar pembuatan juadah tradisi keluarganya itu dimuat naik di dalam media sosial Facebook.

“Sekiranya ada keturunan Rao tidak mengenali apa itu Kelamai, itu bermakna dia bukan keturunan Rao ‘pior’ (tulen) kerana ia adalah makanan wajib keturunan kami.

“Syukur, setakat ini makanan tradisi keturunan kami ini mendapat sambutan.

“Kami juga ada membuat demonstrasi jika ada pelancong tempatan khususnya yang berketurunan Rao dan luar negara seperti Korea, Jepun, Indonesia, Singapura, Brunei termasuk United Kingdom yang mahu datang sendiri melihat cara pembuatan Kelamai, malah kebanyakannya datang untuk membuat kajian,” katanya.

Noradidah berkata, beliau berharap generasi baharu keturunan Rao di masa hadapan dapat menyambung legasi perusahaan agar ia tidak terus hilang atau dilupakan.

“Kami memang ada perancangan masa hadapan untuk mengembangkan makanan tradisi ini, namun di peringkat ini, kami akan terus memberi galakan kepada generasi baharu untuk menceburi bidang pembuatan Kelamai ini kerana ia mampu menambah sumber pendapatan,” katanya.

Katanya, sebanyak 160 batang Kelamai ditempah pada Aidilfitri tahun lalu dan tahun ini pula beliau sudah menerima 100 batang tempahan walaupun baru dua minggu umat Islam berpuasa.

“Tahun ini tempahan agak menggalakkan kerana selain daripada tempahan daripada pelbagai jabatan dan agensi, ada rakan-rakan yang mahu tempahan mereka dihantar ke luar Perak melalui pos,” katanya. BH-online

KELAMAI juadah bagi masyarakat Rawa, Indonesia yang dibakar di dalam buluh aur yang diperoleh di tepi sungai.
NORADIDAH Mokhtar (kanan) bersama Zaitun Makat menunjukkan bahan adunan beras pulut, gula merah, kerisik kelapa, tahi minyak dan gula putih ke dalam lemang sebelum dibakar di Kampung Tersusun Gopeng.
PENYEDIAAN bahan adunan beras pulut, gula merah, kerisik kelapa, tahi minyak dan gula putih ke dalam lemang sebelum dibakar di Kampung Tersusun Gopeng.
NORADIDAH Mokhtar menunjukkan kelamai yang siap dibakar di Kampung Tersusun Gopeng.
NORADIDAH Mokhtar membakar lemang kelamai di Kampung Tersusun Gopeng.
NORADIDAH Mokhtar menuang adunan tepung pulut, gula merah, kerisik kelapa, tahi minyak serta tepung gandum ke dalam lemang sebelum dibakar di Kampung Tersusun Gopeng.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

10 jenis pisang terbaik di dunia: “Pisang Mas” Malaysia menjadi juara!

Peranan penting Magnesium dalam pengurusan dan pencegahan diabetes

Mitos tentang pulut

Gangguan Insulin punca kegemukan, puasa berkala turunkan rintangan, kurangkan berat badan dan gula dalam darah

Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â