Gagal ikat jamin, inspektor polis ditahan di Penjara Sungai Buloh

Pegawai polis berpangkat inspektor yang menghadapi lapan pertuduhan rogol dan satu kes cubaan mencabul kehormatan dua wanita Mongolia di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dekat sini pagi tadi gagal diikat jamin hari ini.

Rentetan itu, suspek telah dibawa keluar oleh menaiki kenderaan polis dari Mahkamah Petaling Jaya untuk ditahan di Penjara Sungai Buloh.

Perkara itu disahkan oleh peguambelanya, Shah Rizal Abdul Manan kepada MalaysiaGazette lewat petang tadi.

Malahan katanya, rakan suspek yang sepatutnya hadir untuk membayar ikat jamin tertuduh berusia 30 tahun itu gagal tampil sehingga 3 petang tadi iaitu waktu terakhir untuk proses ikat jamin.

“Ya.. benar dia (Hazrul Hizham Ghazali) tidak dapat diikat jamin dengan jumlah yang diperintahkan Hakim Mahkamah Sesyen pagi tadi iaitu RM24,000 untuk lapan pertuduhan rogol dan RM3,000 untuk satu pertuduhan cubaan mencabul kehormatan.

“Maka dia telah dibawa ke Penjara Sungai Buloh oeh polis dan dia akan ditahan di sana sehingga diikat jamin.

“Saya dimaklumkan rakannya, mereka sedang berusaha untuk mengumpul wang jaminan itu ketika ini sebelum hadir ke mahkamah minggu depan untuk mengikat jamin tertuduh,” katanya lagi.

Bagaimanapun beliau gagal memperincikan hari dan masa spesifik rakan tertuduh akan hadir untuk mengikat jamin.

Terdahulu wakil MalaysiaGazette yang menunggu di hadapan bilik pendaftaran dan pembayaran wang ikat jamin dimaklumkan oleh salah seorang anggota polis yang bertugas di mahkamah yang Hazrul Hizham sudah dibawa keluar dari mahkamah dengan kenderaan polis namun lokasinya tidak didedahkan.

Pagi tadi di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin, tertuduh yang tampil ke kandang tertuduh dengan berpakaian baju lengan pendek berkolar warna biru tua dan berseluar jeans biru mengaku tidak bersalah terhadap kesemua sembilan pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa dan memohon kes dibicarakan.

Fakta kes menyebut bahawa untuk enam pertuduhan pertama, tertuduh yang kini digantung tugas dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya sejak Selasa 21 April lalu didakwa merogol seorang perempuan (mangsa pertama berusia 20 tahun) dengan kedudukan kuasanya sebagai pegawai kanan polis bagi mendapatkan kerelaannya.

Dia juga dalam pertuduhan tambahan pula didakwa menggunakan kekerasan jenayah ke atas mangsa pertama dengan maksud hendak mencabul kehormatannya pada jam antara 5.30 petang hingga 6.15 petang bertempat di Khemah petugas sekatan jalan raya di Tol NOE PJS2, PJ pada hari yang sama dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh membawa penjara maksimum 10 tahun, atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Untuk dua lagi pertuduhan rogol, dia juga didakwa merogol mangsa kedua berusia 36 tahun dengan kedudukan dan kuasanya sebagai pegawai kanan polis bagi mendapatkan kerelaannya.

Dia didakwa melakukan lapan kesalahan rogol itu mengikut Seksyen 376 (2)(f) Kanun Keseksaan dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan (cubaan mencabul) pada 11 April antara jam 1.30 pagi hingga 4 pagi bertempat di bilik Hotel bernombor 203 di Luxe Boutique Hotel, di Petaling Jaya.

Dia sebelum itu ditahan pada 11 April selepas kedua dua mangsa diselamatkan polis daerah PJ dan suspek direman lima hari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Dia juga dituduh atas kesalahan memperdagangkan mangsa dengan eksploitasi seks di bawah Akta Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyeludupan Migran 2007 di Mahkamah Sesyen Klang Rabu semalam.

Berkaitan:
Kes rogol: Inspektor polis didakwa atas pertuduhan perdagang 2 wanita Mongolia

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN