Covid-19: Tidak benar China derma 10 juta topeng, Putrajaya jual pada harga siling, kata Wee

  • Putrajaya membeli topeng dari kilang di China disebabkan kilang tempatan tidak mampu menghasilkannya.
  • KPDNHEP sudah melarang pengeksportan topeng beberapa hari selepas dilantik menjadi Menteri
  • Permintaan global terhadap topeng meningkat secara mendadak, khususnya dari negara Eropah dan Amerika Syarikat yang sedia membeli dengan harga premium

Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong mengkritik pemimpin politik yang memutarbelitkan fakta kononnya China menderma 10 juta topeng dan Putrajaya pula menjualnya pada harga siling melalui Pharmaniaga.

Wee berkata, perbuatan fitnah pada saat negara berdepan waktu sukar kini tidak boleh diterima.

Ini kerana katanya, Putrajaya membeli topeng dari kilang di China disebabkan kilang tempatan tidak mampu menghasilkannya.

“Untuk rekod, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah melarang pengeksportan topeng beberapa hari selepas menyandang jawatan Menteri dan keputusan itu sudah diwartakan.

“Kapasiti pengeluar topeng domestik tidak mampu menghasilkan topeng (yang mencukupi). Inilah sebab Malaysia mengimport dan negara yang mempunyai bekalan ialah China walaupun harga topeng sedunia melambung tinggi selepas penularan wabak Covid-19,” katanya di Facebook, hari ini.

Semalam, Menteri Kanan Fadillah Yusof, berkata Putrajaya akan mendapatkan bekalan topeng dari China sebanyak 10 juta keping bagi menampung kekurangan bekalan topeng di Malaysia untuk menangani wabak Covid-19.

Fadillah berkata, topeng tersebut akan diutamakan kepada pihak berkepentingan yang berada di barisan hadapan dalam menangani Covid-19, kegunaan di Kementerian Kesihatan, pihak berkuasa, Polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Imigresen di peringkat kebangsaan dan negeri.

Wee berkata, beliau sendiri mengesyorkan supaya duti import 20% dan cukai jualan 10% untuk topeng dimansuhkan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 20 Mac lalu.

Malah katanya, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah bersetuju dengan syor yang dibawanya dan meminta Kementerian Pengangkutan mengendalikan pengimportan topeng dari China melalui penerbangan kargo.

Menurut beliau lagi, Kementerian Kewangan juga sudah mengarahkan Jabatan Kastam membuat pengumuman mengenai pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas topeng berkuat kuasa mulai esok, 23 Mac 2020.

“Mulai esok, sesiapa sahaja yang mengimport topeng ke Malaysia tidak lagi tertakluk kepada duti import dan cukai jualan. Ini bermakna komponen cukai tidak lagi wujud dalam penjualan topeng di seluruh negara.

“Realiti yang dihadapi ketika ini ialah permintaan global terhadap topeng meningkat secara mendadak, khususnya permintaan dari negara Eropah dan Amerika Syarikat yang sedia membeli dengan harga premium,” katanya.

Wee berkata, beliau berharap dengan penghapusan duti import dan cukai jualan ini akan mengurangkan beban kewangan semua pihak, khususnya rakyat.

Katanya, beliau sendiri sudah dihubungi beberapa dermawan dan badan kebajikan yang menzahirkan perasaan lega terhadap keputusan kerajaan ini.

“Malah, mereka telah menempah topeng dari China untuk diedarkan kepada golongan yang memerlukan. Inilah semangat dan sifat penyayang rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN