SRC International: Saya bukanlah bodoh sangat, kata Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang beliau “bukanlah bodoh sangat” untuk terus mengekalkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC International Sdn Bhd (CEO) Nik Faisal Ariff Kamil hanya kerana lelaki itu menguruskan pergerakan wang ke dalam akaun bank peribadinya.

“Saya bukanlah bodoh sangat (ketawa kecil)…tolong lah,” kata Najib, 67.

Sebagai respons kepada itu, Timbalan Pendakwa Raya utama, Datuk V Sithambaram memberitahu mahkamah yang beliau pernah melihat banyak orang yang “amat bijak” didakwa di mahkamah dalam pengalaman kerjanya selama 42 tahun.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku. Saya kata yang saya bukannya bodoh untuk buat sesuatu seperti itu,” kata Najib.

Najib berkata, hanya selepas beliau dimaklumkan oleh bekas Pengerusi Lembaga Pengarah SRC International, Tan Sri Ismee Ismail berhubung integriti Nik Faisal dalam menguruskan syarikat itu barulah beliau (Najib) memecat Nik Faisal sebagai CEO pada 2014.

Ditanya selanjutnya oleh Sithambaram, Najib berkata, walaupun mengetahui Nik Faisal kurang berintegriti, beliau mengekalkan Nik Faisal sebagai pemegang amanah akaun peribadinya dan ahli lembaga pengarah SRC.

Sebelum ini, Najib memberitahu mahkamah bahawa beliau mengekalkan Nik Faisal sebagai ahli lembaga pengarah SRC International, walaupun memecatnya sebagai CEO berikutan menerima aduan tentang salah urus kewangan, untuk memudahkan penghantaran balik dana SRC yang dibekukan oleh pihak berkuasa Switzerland kerana beliau mahukan “kesinambungan”.

“Saya mengekalkan Nik Faisal untuk menguruskan akaun saya kerana isu tentang integritinya hanya dibawa kepada perhatian saya kemudian.

“Bank juga tidak memberi makluman kepada saya berhubung sebarang kejadian yang tidak diingini dalam akaun saya semasa ia berada di bawah pengurusan Nik Faisal,” kata Ahli Parlimen Pekan itu.

Terdahulu, Sithambaram mencadangkan kepada Najib bahawa beliau sebenarnya tahu apa yang berlaku kerana pada penyata bank, yang menunjukkan aliran wang daripada anak syarikat SRC, Gandingan Menteri Sdn Bhd kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB), entiti yang ditubuhkan untuk mengurus program tanggungjawab sosial korporat 1Malaysia Development Berhad, dan masuk ke dalam akaun peribadi beliau (Najib), telah dihantar ke kediamannya (Najib) di Langgak Duta.

Najib bersetuju dengan cadangan Sithambaram tetapi mengekalkan pendiriannya bahawa penyata akaun itu tidak ada bersamanya dan beliau tidak pernah memberi kebenaran untuk wang daripada kedua-dua syarikat itu dimasukkan ke dalam akaunnya.

Sithambaram: Dan tuan, saya dapatkan katakan, bagi diri saya sendiri, saya tidaklah terlalu bodoh apabila melihat wang RM42 juta masuk dan keluar, tanpa memeriksanya.

Najib: Itu adalah anda

Sithambaram: Saya cadangkan kepada anda bahawa anda dengan sengaja melantik Nik Faisal sebagai pemegang amanah akaun dan CEO SRC untuk memastikan pemindahan dana itu.

Najib: Saya benar-benar tidak bersetuju kerana tidak ada bukti untuk menunjukkan perkara itu.

Sithambaram: Saya cadangkan kepada tuan, bahawa Nik Faisal adalah ‘leftenan’ yang dipercayai anda yang anda letakkan di SRC untuk menyeleweng dana daripada SRC masuk ke dalam akaun anda.

Najib: Saya benar-benar tidak bersetuju.

Kepada soalan lain Sithambaram, Najib tidak bersetuju bahawa suratnya yang mengucapkan terima kasih kepada Raja Arab Saudi bagi derma itu adalah palsu dan dikemukakan selepas difikirkan kemudian.

Apabila ditanya oleh timbalan pendakwa raya itu jika beliau masih mempunyai salinan asal surat itu, Najib berkata semestinya surat itu kini berada di dalam Pejabat Perdana Menteri.

Najib membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, yang terdiri daripada tiga pertuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya berkaitan dengan dana SRC.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok. – Bernama

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN