62 orang dijangkiti influenza di Pulau Pinang

GEORGE TOWN: : Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang merekodkan 10 kluster penyakit seperti influenza (ILI) dengan seramai 62 individu dijangkiti influenza dalam kluster itu sejak 29 Dis lepas hingga 12 tengah hari semalam (Jumaat).

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Dr Asmayani Khalib berkata data itu diperoleh berdasarkan pengawasan yang dijalankan pihaknya di klinik sentinel terpilih di seluruh negeri itu.

“Seramai 62 individu dilaporkan dijangkiti influenza dalam kluster itu yang 15 pesakit menerima rawatan di wad dan keadaan mereka dilaporkan stabil,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu malam.

Katanya, influenza bermusim adalah jangkitan saluran pernafasan biasa yang disebabkan oleh virus influenza bermusim seperti Influenza A, Influenza B, berbeza dengan selesema burung (avian influenza) dan pandemic influenza.

Katanya influenza adalah jangkitan yang biasa dan ia tidak tertakluk kepada keperluan pelaporan dan pemberitahuan mandatori di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan ekoran itu, pihaknya tiada rekod setiap kes jangkitan influenza yang berlaku di negeri.

Dr Asmayani berkata bagaimanapun pihaknya sentiasa mengawasi kes influenza dengan menggunakan data proksi ILI yang direkodkan daripada aktiviti pengawasan membabitkan beberapa klinik sentinel di seluruh negeri.

“Berdasarkan data ILI yang dipantau secara berterusan, kes ILI yang dilaporkan dari klinik sentinel menunjukkan penurunan 34.12 peratus dari 85 kes ke 56 kes untuk minggu epidemiologi pertama pada tahun 2019 dan 2020,” katanya.

Katanya selain itu, saringan suhu turut dibuat terhadap semua penumpang di balai ketibaan Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) di lapangan terbang dan penumpang yang didapati menunjukkan gejala akan ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata orang awam khususnya golongan berisiko tinggi adalah digalakkan untuk mendapatkan vaksin influenza bermusim secara tahunan yang ditawarkan di kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negeri, sebagai langkah pencegahan dalam mengurangkan risiko terkena jangkitan wabak itu.

“Orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer dan mengamalkan adab batuk yang baik serta cara hidup sihat,” katanya.

— BERNAMA

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â