Tiga lelaki ditemui maut dengan kesan tembakan di Narathiwat

NARATHIWAT: Tiga lelaki ditemui maut dengan kesan tembakan dalam hutan di Daerah Rangae, Narathiwat, selatan Thailand semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang (waktu tempatan) semalam, pihak berkuasa Thailand menemui mayat ketiga-tiga lelaki itu yang berusia antara 24 hingga 27 tahun di hutan tersebut.

Namun, punca mangsa ditembak menjadi tanda tanya keluarga mereka yang mendakwa mangsa berada di hutan untuk menebang pokok tetapi ditembak pihak berkuasa Thailand.

Panglima Bahagian Tentera Darat ke-4 Left Jen Pornsak Poonsawat menafikan dakwaan ketiga-tiga mangsa adalah anggota militan dan ditembak pihak berkuasa.

“Pihak berkuasa Thailand akan meneliti punca kematian mereka secara terperinci. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat anggota dan pegawai yang cuai,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Jawatankuasa Perlindungan Hak Asasi Manusia Selatan Thai, semalam.

Sementara itu, seorang rakan mangsa yang enggan nama disiarkan berkata beliau bersama ketiga-tiga mangsa menebang pokok namun beliau balik awal.

“Ketika dalam perjalanan pulang, saya terdengar bunyi tembakan… saya tidak sangka ketiga-tiga rakan yang maut,” katanya.

Jenazah dijangka dikebumikan malam ini di satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Johor, Mukim Bongo.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Lelaki dari Narathiwat ditembak mati di Yala

Kerajaan Uttarakhand, India tutup Lebih 50 Madrasah ‘haram’ dalam dua minggu

Serangan ke atas penduduk Buddha Thai di Kampung Chang Tor, Narathiwat

Letupan bom berhampiran flat kediaman polis di Kok Kian, Narathiwat

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN