Ahmad Hamzah kekal Ahli Parlimen Jasin

Datuk Seri Ahmad Hamzah kekal sebagai Ahli Parlimen Jasin selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen pilihan raya bagi kawasan tersebut yang difailkan oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Keputusan dibuat lima panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimum Tuan Mat hari ini.

Tengku Maimun memerintahkan Khairuddin membayar RM30,000 sebagai kos kepada Ahmad selaku responden pertama dan sejumlah RM50,000 kepada pegawai pengurus pilihan raya kerusi Parlimen Jasin Zamrud Yahya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semasa ditemui pemberita selepas prosiding itu, Khairuddin berkata beliau menghormati keputusan mahkamah dan mengucapkan terima kasih kepada peguamnya.

“Pada saya kalah atau menang tidak penting, apa yang penting ialah untuk saya terus beri perkhidmatan terbaik kepada pengundi di kawasan Parlimen Jasin,” katanya.

Ahmad, yang memakai seluar hitam dan kemeja putih turut hadir di mahkamah hari ini.

Mahkamah Pilihan Raya pada 12 Jun, tahun ini menolak petisyen Khairuddin untuk mengisytiharkan keputusan bagi kawasan Parlimen Jasin pada PRU14 tahun lepas sebagai batal dan tidak sah selepas mendapati Khairuddin gagal membuktikan elemen ketidakpatuhan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 telah menjejaskan keputusan pilihan raya itu.

Pada PRU14, Khairuddin tewas kepada Ahmad dengan majoriti 219 undi dalam pertandingan tiga penjuru. Ahmad memperoleh 26,560 undi manakala Khairuddin mendapat 26,341 undi sementara calon PAS Abd Alim Shapie mendapat 8,860 undi.

Khairuddin yang memfailkan petisyen pilihan raya itu pada Jun tahun lepas memohon perintah supaya keputusan PRU14 bagi kerusi Parlimen Jasin batal dan tidak sah mendakwa ahli politik BN itu dipilih secara tidak sah dan pilihan raya baharu perlu diadakan.

Khairuddin diwakili peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram, Ahmad diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun dan peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili Zamrud dan SPR.-

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023