[Video] Kubur senjata api buatan Rusia dibongkar di Kelantan

Kejayaan itu hasil risikan dan rondaan yang menemui satu longgokan tanah mencurigakan di sekitar sempadan Malaysia – Thailand.

Berjaya membongkar satu lokasi menempatkan senjata api yang membawa kepada penemuan tiga laras senjata jenis AK-47 di kawasan kemajuan am Kampung Gemang, Jeli semalam.

Menurut Panglima 2 Briged, Brig Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar, kejayaan itu hasil risikan dan rondaan yang menemui satu longgokan tanah mencurigakan di sekitar sempadan Malaysia – Thailand.

Berikut operasi ATM yang disertai kru Astro AWANI pada Khamis 29 November 2018:

3.05 petang: Kampung Gemang, Jeli

Kira kira jam 3.05 petang semalam Ops Merpati 1 dilancarkan membabitkan 16 anggota dari 2 Rejimen Renjer Diraja yang mengawal sempadan Malaysia-Thailand.

Lokasinya, hanya 8.3 Kilometer dari tempat berkumpul di Kampung Gemang.

Kami turut mengikut Operasi itu dan terpaksa menaiki pacuan empat roda sejauh 5 kilometer ke jalan besar menghubungkan Jeli ke dan diteruskan dengan berjalan kaki lebih 3 kilometer ke sempadan Malaysia – Thailand .

3.35 petang: Guna pengesan logam kesan bom

Bagi memastikan keselamatan anggota, lapan jurutera dari 7 Skuadron Jurutera membuat persiapan menggunakan “Metal Detector” atau pengesan logam.

Pengesan logam itu digunakan bagi memeriksa sekitar lokasi kubur untuk memastikan tiada bom atau bahan peledak ditanam secara sengaja oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Pemeriksaan mengesan bom itu dilakukan hampir setengah jam.

4.20 petang: Bungkusan guni biru dibuka

Selepas memastikan kawasan itu bebas bom, usaha menggali tanah bagi mengesan senjata api yang disorokkan giat dilakukan.

15 minit kemudian, akhirnya satu bungkusan guni berwarna biru ditemui ditanam kira-kira hampir dua meter.

Bungkusan yang dibaluti dua lapisan guni itu akhirnya membawa jawapan sebenar.

Tiga laras senjata api jenis AK-47 buatan Rusia ditemui bersama tiga kelopak peluru yang diikat dengan tali berwarna biru.

Jam 4.20 pm di kawasan am kemajuan Tanah Gemang Subunit 2 RRD, Ops Merpati 1 dilaksanakan jumpa tiga laras AK-47

Pemeriksaan anggota menggunakan sarung tangan mendapati senjata api berkenaan masih berminyak iaitu dipercayai baharu diseludup masuk dan boleh digunakan bila-bila masa.

Pemeriksaan pada nombor siri setiap laras senapang tertulis tulisan Rusia, bagaimana pun pemeriksaan pada badan senjata nombor sirinya tidak sama.

5 petang: AK-47 dibawa keluar dan diserah kepada Polis

Ketiga laras AK-47 itu diserahkan kepada polis bagi membuat pemeriksaan lanjut dan siasatan bagaimana penyeludupan sedemikian boleh berlaku.

Sempadan Malaysia – Thailand, di mana penguatkuasaan?

Menjadi persoalan apabila usaha menanam senjata itu terbongkar, cukup membuktikan sindiket penyeludupan atau individu melalui sempadan negara telah berubah.

Astro AWANI membuat tinjauan di sekitar Sungai Golok yang menjadi salah satu kawasan utama penduduk tempatan merentasi negara jiran.

Dengan hanya membayar tambang RM1 atau menggunakan Kad Pengenalan atau Pasport memudahkan urusan mereka.

Benar ianya telah menjadi ‘turun-temurun’, generasi ke generasi rakyat sempadan negara berhijrah atau berniaga di negara jiran.

Timbul persoalan, adakah penguatkuasaan di sempadan negara kita masih ampuh atau longgar terutama melibatkan senjata api?

Malah, sindiket penyeludupan senjata api satu yang membimbangkan dan perlu diberi perhatian.

Apa akan jadi jika ianya terlepas ke tangan pihak tidak bertanggungjawab sekali gus boleh mengancam keselamatan negara.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN