Jangan dolak-dalik, Tun M tolong undur cara berhemah – Syed Husin

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi digesa menghormati perjanjian peralihan kuasa selama dua tahun yang dijangka berakhir pada Mei tahun depan dan diminta jangan lagi berdolak-dalik.

Dalam nada keras, bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali yang dianggap antara yang paling lantang mengingatkan Mahathir supaya melaksanakan proses peralihan kuasa itu dengan cara berhemah.

Kata pemimpin veteran PKR itu, adalah lebih baik untuk Mahathir berundur secara mulia daripada mengelakkan perkara lampau berulang.

“Janganlah dolak dalik, lakukan proses peralihan kuasa ini dengan baik, berhemah dan mulia setidak-tidaknya sebelum 9 Mei tahun depan.

“Janganlah apa yang berlaku masa Tun M masih dalam UMNO itu berulang lagi, bagaimana beliau dihalau dari UMNO satu ketika dahulu, jangan sehingga itu berulang.

“Ikut perjanjian, kata dua tahun. Buatlah seperti yang dijanjikan, ingat apa yang pernah berlaku sebelum ini, kita tidak mahu halau seperti UMNO dulu,” katanya pada Konvensyen Reformis 2019 yang dianjurkan oleh Otai Reformis’98 di sini hari ini.

Kata beliau lagi, sememangnya Majlis Mesyuarat Presiden Pakatan Harapan (PH) akan bersetuju dengan proses peralihan tanpa ada sebarang bantahan kerana itu adalah janji untuk mengangkat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang kelapan menggantikan Mahathir.

“Tidak ada masalah, pastinya Majlis Presiden PH akan bersetuju. Kerana itulah janjinya. Dua tahun sebelum serah kuasa kepada Anwar.

“Tun sendiri pernah meminta Anwar supaya tidak terburu-buru setelah diberi pengampunan malah Anwar sendiri telah memberitahu beliau hendak berehat selain ke luar negara melawat sahabat-sahabatnya terlebih dahulu.

“Tun sendiri bersetuju dengan cadangan Anwar ketika itu. Tidak ada soal Anwar terburu-buru merampasa kuasa dan sebagainya,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Syed Husin juga mendakwa Mahathir kembali kepada ‘cara lama’ beliau memerintah tanpa menjiwai langsung perjuangan reformasi yang sebelum ini menjadi laungan ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-14.

“Apa yang saya lihat, beliau tidak menjiwai perjuangan reformasi malah rakyat juga tidak mahukan beliau kerana perubahan yang didakwa oleh tidak dilaksanakan olehnya seperti yang di janjikan. Adalah lebih baik berundur.

“Sebelum beliau mendapat kuasa, sikapnya lain. Selepas berkuasa, beliau kembali kepada ‘perangai’ lamanya. Beliau tidak dapat jalankan tanggungjawab seperti kehendak rakyat.

“Jangan lupa juga, reformasi 98 ini wujud kerana Tun Mahathir menolak perjuangan kita pada masa itu.

“Anwar ini jenis lembut hati dan cepat sangat memaafkan, jika beliau masih berterusan begini, pastinya karier politik beliau akan dibunuh kelak.

“Jika peralihan ini tidak berlaku, Otai Reformis akan pastikan ianya berlaku, tiada kompromi,” ujarnya lagi. –MalaysiaGazette

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN