Peguam cabar sekolah vernakular bertentangan perlembagaan Persekutuan didengar esok

Notis usul mencabar keabsahan sekolah vernakular sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan oleh seorang peguam pada 23 Oktober lalu, akan didengar oleh hakim Mahkamah Persekutuan Purajaya, pagi esok.

Peguam terbabit, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz bersama lima rakan sejawatan diketuai Shahrudin Ali akan berhujah memohon kebenaran itu di mahkamah berkenaan di bawah Perkara 4(4) Perlembagaan.

Kata beliau, sekiranya beliau diberikan kebenaran itu, mahkamah akan menetapkan tarikh lain untuk mendengar merit permohonannya.

“Bagaimanapun, jika mahkamah menolak untuk memberikan kebenaran, maka kes ini akan dibuang dan berakhirlah saman ini setakat itu tanpa sempat mendengar merit.

“Peguam Negara akan hadir bagi membantah permohonan saya ini. Oleh itu, saya memohon sokongan, bantuan dan doa dari semua untuk barisan peguam saya dilancarkan lisan untuk berhujah pagi Isnin ini.

“Saya juga mengharapkan rasa kebersamaan kita dalam tindakan ini kerana isu yang dibawa ke mahkamah ini adalah melibatkan isu kepentingan Bahasa Melayu dan bangsa Melayu keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan kepada media, semalam.

Rabu lalu, MalaysiaGazette melaporkan, Mohd Khairul Azam yang juga merupakan Naib Presiden Parti PUTRA Malaysia telah memfailkan notis usul ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya terhadap kerajaan Malaysia bagi mencabar penubuhan sekolah vernakular sebagai tidak berperlembagaan.

Beliau memfailkan notis usul itu mengikut Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan melibatkan isu keperlembagaan Akta Pendidikan 1996 untuk diadili oleh seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.

Melalui notis usul itu, peguam terbabit memohon deklarasi bahawa Parlimen tiada kuasa menggubal Seksyen 17 dan Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996 yang menubuhkan sekolah vernakular kerana bertentangan dengan Perkara 152(1)(a) Perlembagaan.

Menurut Mohd Khairul Azam lagi, buat pertama kali dalam sejarah negara, sekolah vernakular dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan bagi menentukan keabsahannya di sisi perlembagaan.

Katanya, ini baru permulaannya iaitu Melayu menjadi plaintif menuntut haknya di sisi perlembagaan.

Sementara itu, Setiausaha Agung PUTRA Malaysia, Borhan Ahmad Zakaria memberitahu, parti itu memohon sebagai pencelah dalam kes berkenaan.

Beliau menjelaskan, isu berkaitan sekolah vernakular adalah isu lama yang telah menjadi polemik masyarakat sebagai punca gagalnya proses memupuk perpaduan kaum di kalangan rakyat Malaysia.

Jelas beliau, Fasal 3.2 Perlembagaan penubuhan PUTRA secara jelas menyatakan matlamat penubuhannya adalah untuk mendaulat dan memperjuangkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa perpaduan untuk masa depan Malaysia yang lebih makmur.

“Manakala Fasal 3.5 Perlembagaan penubuhan PUTRA pula secara jelas menyatakan matlamat penubuhannya adalah untuk memperjuangkan sekolah satu aliran sebagai alat perpaduan dan identiti Negara.

“Disebabkan apa juga keputusan Mahkamah Persekutuan dalam tindakan ini akan mempengaruhi dan memberikan kesan langsung kepada penubuhan PUTRA sebagai sebuah parti politik sah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

“Maka atas tanggungjawab ini, PUTRA telah telah melantik firma guaman Tetuan Harmy Yusuf & Azli untuk mewakili PUTRA bagi memohon sebagai pencelah dalam tindakan ini,” katanya.

Borhan berharap, kebenaran diberikan kepada PUTRA untuk menjadi pencelah dalam tindakan itu demi menjaga kepentingan Perkara 152 Perlembagaan yang selaras dengan perlembagaan penubuhan parti itu.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN