‘PM ke-8’: Anwar tak mungkin boleh bina kerajaan kuat

(Ismaweb) – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mungkin boleh membangunkan negara dan membina kerajaan yang kuat jika menjadi perdana menteri menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya berkata, sikap Anwar yang tidak peduli dan mesra Melayu menyukarkan beliau – yang kononnya bakal perdana menteri kelapan – membina sebuah kerajaan yang kuat.

Katanya, sejarah Anwar ketika menjadi menteri kewangan pada tahun 1991 juga tidak menampakkan beliau mampu mengurus ekonomi negara dengan baik.

“Bahkan, kebergantungan Anwar dengan Amerika Syarikat (AS) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) membimbangkan dan berbahaya dari segi ekonomi negara.

“Saya dan rakyat juga melihat Anwar tidak konsisten dalam pendirian beliau untuk sesuatu isu,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan penganalisis politik, Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang menyifatkan Anwar sebagai individu sesuai menjadi pengganti Dr Mahathir jika berlaku peralihan kuasa dalam penggal ini.

Mohammad Agus berkata, Anwar adalah pemimpin yang mampu melonjakkan ekonomi negara, memartabatkan kesejahteraan rakyat, mengharmonikan hubungan kaum dan membawa Malaysia ke depan, walaupun mengakui pelantikan itu akan dibantah oleh orang Melayu.

“Bagaimanapun, orang Melayu tidak perlu risau hal ini kerana kedudukan Melayu sudah dijamin dalam Perlembagaan. Janganlah setelah 62 tahun merdeka, kita masih lagi dikongkong dengan politik perkauman,” kata Mohammad Agus.

Mengulas perkara itu, Aminuddin berkata, walaupun hak Melayu ada dalam Perlembagaan, ia tidak menjamin kerana proses melaksanakannya yang selalu sahaja berlaku penyelewengan.

“Bukan hanya tidak mesra dan peduli Melayu, pemikiran Islam Anwar yang liberal itu juga tidak menjamin keabsahan agama Islam,” katanya.

Polemik peralihan kuasa perdana menteri terus menjadi isu hangat, bukan sahaja dalam kalangan ‘pemain’ politik, malah rakyat apabila Dr Mahathir pernah mengumumkan akan menyerahkan kepimpinan negara kepada Anwar dalam tempoh dua tahun.

Difahamkan, perjanjian yang ditandatangani pada 6 Januari 2018 hanya menamakan Anwar sebagai perdana menteri kelapan, tanpa tempoh akhir rasmi ditetapkan.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN