BN Turunkan Calon Diterima Rakyat, Mampu Menang

Barisan Nasional (BN) akan menurunkan calon boleh menang dan diterima pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, kedua-dua kriteria itu merupakan pertimbangan asas dalam pemilihan calon yang ditentukan BN.

Ekoran itu, beliau berkata, wujud keperluan untuk mengekalkan calon berpengalaman dan menggantikan pemimpin yang perlu ditukar dengan muka-muka baru.

“Ia bukan perkara baru. Kita sudah lakukan perubahan setiap kali pada pilihan raya. Cuma jumlah calon itu agak berbeza,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Universiti Putra Malaysia di sini, Jumaat.

Menurut beliau, calon yang diturunkan BN kelak akan terdiri daripada gabungan orang muda dan pemimpin berpengalaman selepas menerima maklum balas daripada rakyat.

“Kalau kita letak calon, walaupun dia ketua bahagian tapi kalah sebab rakyat tidak suka, dia tak boleh kekal sebagai calon. Ada segelintir pihak sudah jemu dengan calon lama,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, akan ada kesimbangan antara calon-calon muda yang bertenaga, layak, penyayang, berpengalaman dan berguna kepada parti.

“Kalau kita letak calon lama ada masalah juga, begitu juga kalau semua calon baru. Semua parti politik melalui perkara sama,” ujarnya.

Mengulas mengenai calon lama yang akan diganti, Muhyiddin berkata, mereka akan menguruskan perkara itu dengan cara baik.

“Biasanya kita akan duduk berbincang…beri penjelasan. Mereka juga akan dimaklumkan sebelum pilihan raya. Jadi mereka tidak harus mementingkan diri sendiri, sudah tiba masanya mereka berkorban kepada parti,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â