Legenda bola sepak M. Chandran meninggal dunia

Datuk M. Chandran, yang dianggap sebagai pemain paling bernilai bagi Malaysia semasa era kegemilangan bola sepak negara pada tahun 60-an dan 70-an, meninggal dunia berikutan penyakit gangguan saraf motorik di rumahnya di Ampang Jaya di sini kira-kira 7.30 pagi ini.

Mendiang, 77, meninggalkan seorang isterin Datin A. Pushpalatha, dan dua anak lelaki masing-masing berusia 36 dan 38 tahun.

Ahli exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Christopher Raj ketika dihubungi Bernama berkata, mendiang M. Chandran disahkan meninggal dunia oleh doktor yang membuat pemeriksaan ke atasnya pagi ini dan menambah bahawa jenazahnya akan dibawa ke Tapak Krematorium Sentul kira-kira 5.00 petang.

Sementara itu, Persatuan Bekas Pemain Negeri dan Antarabangsa dalam kenyataan hari ini menyatakan rasa sedih di atas pemergian mendiang M. Chandran, yang juga bekas presiden persatuan itu, yang banyak membuat sumbangan besar kepada bola sepak Malaysia secara khusus dan di rantau Asia secara keseluruhan.

Sementara itu, presidennya kini, Datuk Soh Chin Aun yang bermain bersama-sama Chandran pada tahun 60-an dan 70-an mendedahkan bahawa mendiang mempunyai kualiti kepimpinan yang cemerlang dan dihormati oleh rakan sepasukannya dan rakan bola sepak.

“Sebagai pemain dan pentadbir yang baik, beliau menjadi contoh dan seorang yang berdisiplin. Beliau mengetuai persatuan itu dengan cemerlang sebagai Presiden dan ia satu tanggungjawab, saya rasa amat sukar untuk memenuhinya apabila mengambil alih tampuk kepimpinan pada 2014,” tambah Soh.

Berkongsi sentimen yang sama ialah Timbalan Presiden persatuan itu dan pemain legenda kebangsaan, Datuk N. Thanabalan yang menganggap kematian sahabat baiknya itu adalah satu kehilangan besar kepada beliau dan negara.

“Kami main bersama dalam pasukan kebangsaan selama tujuh tahun, beliau sebagai pemain pertahanan yang terbaik dan saya bagi menjaringkan gol. Persahabatan kami diteruskan hingga di luar padang kerana keluarga kami pun rapat,” katanya.

Naib Presiden persatuan itu, Datuk Santokh Singh juga memuji Chandran yang mempunyai tahap disiplin, komitmen dan dedikasi yang tinggi terhadap bola sepak.

“Beliau sentiasa ada untuk memberi sokongan moral apabila keadaan tidak memihak kepada kami. Beliau akan amat dirindui,” kata Santokh.

Chandran, anak kepada seorang pemandu kereta api ketika itu, Keretapi Malaya, dilahirkan di Sungai Siput, Perak pada 1942. Selepas berhijrah ke Selangor, beliau mula bermain bola sepak untuk Persatuan India Selangor (SIA).

Pada 1971, mendiang Chandran membawa pasukan bola sepak Malaysia layak ke Sukan Olimpik di Munich pada 1972, yang hingga kini kekal sebagai prestasi terbaik Malaysia di persada bola sepak dunia.

Pada 1974, Chandran mengumumkan bersara daripada pasukan kebangsaan dan tahun berikutnya dari Selangor.

Sepanjang karier bermain 15 tahun dengan Selangor, Chandran membantu pasukan itu memenangi pelbagai trofi termasuk Piala Malaysia.

Mendiang Chandran dianugerahi gelaran Datuk daripada Sultan Pahang, Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 2000 di atas sumbangan besarnya kepada bola sepak Malaysia. — Bernama

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN