Monday, April 12, 2021
Spread the love

10 jangkitan Influenza A di Kedah

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

ALOR SETAR: Lapan pelajar sekolah rendah dan menengah serta dua guru di tiga daerah negeri ini disahkan dijangkiti virus Influenza A sejak 1 Januari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar dan Agama negeri, Datuk Dr Ismail Salleh, berkata seorang pelajar sekolah menengah turut disahkan dijangkiti virus Influenza A (H1N1) dan seorang guru dijangkiti Influenza B.

Semua kes berkaitan virus Influenza berkenaan dikesan bagi tempoh 1 hingga 9 Januari lalu, di tiga daerah iaitu Kota Setar, Sungai Petani dan Kulim/Bandar Baharu.

“Semua pesakit disahkan dijangkiti virus Influenza selepas melakukan pemeriksaan di hospital akibat mengalami simptom demam, selesema batuk dan sakit tekak.

“Pihak hospital sudah mengambil sampel pesakit dan mereka kini dirawat di hospital kerajaan dan swasta di negeri ini dengan keadaan mereka dilaporkan stabil,” katanya ketika ditemui di Wisma Darulaman, di sini, hari ini.

Dr Ismail berkata, keadaan setakat ini adalah tidak membimbangkan dan terkawal dengan bilangan pesakit dijangkiti virus Influenza tidak ramai.

Sementara itu, beliau memaklumkan semua pengunjung yang memasuki negara melalui pintu sempadan Malaysia-Thailand dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) perlu menjalani pemeriksaan skrin pengimbas suhu.

“Pengunjung yang dikesan mempunyai simptom demam dan suhu melebihi 37 darjah celsius akan disaring dan dikuarantin sebelum dirujuk ke hospital berhampiran.

“Kita menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam menjaga kesihatan seharian, terutama golongan berisiko iaitu kanak-kanak berusia bawah lima tahun, individu obes atau mereka yang mempunyai kencing manis,” katanya.

Jelasnya, orang ramai juga boleh memakai penutup muka sekiranya mempunyai simptom penyakit berkenaan dan sentiasa mencuci tangan untuk mengelakkan kuman merebak.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -