1 kes warga tempatan disahkan positif #coronavirus

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini mengumumkan seorang warga tempatan dari Selangor dikesan positif coronavirus, dalam 1 daripada 2 kes baru yang dimaklumkan kepada media hari ini.

Menterinya, Dzulkefly Ahmad berkata berdasarkan sejarah perjalanan individu itu, dia berada di negara jiran sebelum jangkitan.

“Ini menjadikan kes pertama membabitkan rakyat warganegara Malaysia,” katanya ketika sidang media hari ini.

Dengan penambahan 2 kes baru itu, menjadikan jumlah keseluruhan individu positif coronavirus ialah seramai 10 orang di negara ini.

Dzulkefly berkata, warga tempatan berusia 41 tahun yang dikesan dijangkiti virus tersebut mempunyai rekod perjalanan menghadiri mesyuarat di Singapura dari 16 hingga 23 Jan di mana mesyuarat itu turut dihadiri beberapa delegasi antarabangsa termasuk dari China.

“Dia pulang ke Malaysia pada 23 Jan. Pada 29 Jan, dia mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta di Selangor kerana demam dan batuk.

“Selanjutnya dia dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 2 Feb 2020 dan dimasukkan ke wad isolasi. Dia disahkan positif 2019-nCoV pada 3 Feb 2020 (semalam),” katanya.

Dzulkefly menambah, mangsa ke-2 adalah warganegara China berumur 63 tahun yang berasal dari Wuhan dan tiba di Lapangan Terbang Antarabang Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Jan lalu.

“Dia mula mengalami demam ringan pada 23 Jan 2020 dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

“Kes telah dimaklumkan kepada KKM dan dia diletakkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan (home surveillance) untuk tempoh 14 hari.

“Pada 2 Feb 2020, demam masih berterusan dan dia dimasukkan ke HKL bagi menerima rawatan lanjut. Ujian makmal positif 2019-nCoV pada 3 Feb (semalam),” katanya.

Kedua-dua pesakit baru itu kini berada dalam keadaan stabil.

Hanya seorang ke Singapura

Dzulkefly berkata, hanya lelaki terbabit sahaja mewakili Malaysia ke Singapura dan tiada individu lain bersamanya ketika menghadiri mesyuarat di sana.

Mengulas pengesanan kontak dengan ahli keluarga, Dzulkefly menjelaskan, ia kini sedang dilaksana dan mereka diletakkan di bawah pemantauan di rumah.

Selain itu, kementerian menjalankan pengesanan kontak terhadap kontak rapat lelaki terbabit sepanjang berada di Malaysia dalam usaha mengekang penularan wabak terbabit.

Kementerian Kesihatan setakat semalam melaporkan tiada pertambahan kes positif coronavirus di Malaysia dalam tempoh lebih 3 minggu.

Semua kes positif sebelum ini membabitkan warganegara China, masing-masing 3 kes disyaki (PUI) dan 5 individu dalam kalangan kontak rapat.

Jumlah terkumpul kes PUI bagi 2019-nCoV pula adalah 192 orang, iaitu 105 rakyat tempatan, China (82 orang) dan masing-masing 1 warga Australia, Korea, Jordan, Brazil dan Thailand.

Tiga daripada keseluruhan PUI itu disahkan positif coronavirus, 173 kes negatif dan 16 masih menunggu keputusan makmal.

Kes PUI antara lain membabitkan 122 rakyat Malaysia dan China (86 orang), manakala Australia, Korea, Jordan, Brazil serta Thailand, masing-masing seorang.

spot_img